GENTLEMAN BY NISCHA
https://www.instagram.com/p/CIOV7p4hRQm/?utm_source=ig_web_copy_link
GENTLEMAN
BY
NISCHA
2021
Mengkagumi lelaki-lelaki maskulin, GENTLEMAN begitu menyerlahkan kelelakian dengan ciri-ciri lelaki budiman yang bersifat melindungi, mengasihi dan menguasai seluruh alam dengan segala keupayaannya sebagaimana yang diciptakan oleh Yang Maha Esa.
GENTLEMAN adalah sebagai menghargai sang lelaki sebagai suami, ayah, datuk, kekasih kepada wanita yang dipanggil isteri, ibu, anak, ataupun pemimpin, apabila sang lelaki itu begitu memahami, memelihara dan melindungi perempuannya, wanitanya, anak gadisnya, adik perempuannya mahupun kaum wanita yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengannya, atas kesedaran sebagai pemimpin atau khalifah yang diamanahkan untuk menjaga seisi dunia ini, mengikut kemampuannya yang dikurniakan lebih kuat dan matang daripada wanita.
GENTLEMAN adalah sebagai anugerah kepada lelaki-lelaki yang bijaksana, perkasa dan rendah diri dengan segala kekuatannya, kerana kegagahan yang diberikan kepadanya adalah untuk memikul tugas sebagai penjaga kepada bumi ini. Tidak merosakkan malah menghargai seperti Nabi Adam A.S. yang memohon kepada Allah S.W.T. agar diciptakan seorang teman untuknya lalu baginda begitu menghargai pemberian paling indah yang menjadi ibun kepada seluruh umat manusia.
GENTLEMAN: Kasturi Putih, Kasturi Hitam Brunei, Oud - Oud Hitam, Oud Liar, Oud Malizi, Oud Cambodi, Kelapa, Rosa Damascena atau Ros Taif yang diadun dengan Air Zam-zam yang diperolehi terus dari Tanah Suci Mekah.
Comments
Post a Comment